09 November 2013
15 PINTU SYAITAN YANG ADA DALAM DIRI KITA
①. Pintu marah.
Marah adalah satu emosi
yang terdapat di dalam diri semua manusia termasuk Nabi-Nabi dahulu. Sifat
marah ini kadang-kadang dapat mengubah diri kita menjadi seseorang yang kita
sendiri pun tidak suka.
Adakah anda tahu bahawa
Nabi SAW tidak pernah menengking atau memaki umat-umatnya? Ini adalah kerana
dia menghilangkan marahnya dengan sifatnya yang sabar dan tawakal.
Di bawah adalah cara untuk menghilangkan sifat marah jika
terjadi pada diri kita.
1 - Ubah Posisi
Kedudukan Anda
Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan
berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan
kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
2 - Berwuduk
Rasulullah SAW bersabda:
"Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada
api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah
seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi
Daud)
3 - Minum air.
4 - Mendiamkan diri
ketika marah.
5 - Berlindung kepada
Allah daripada syaitan.
6 - Meluahkan perasaan
dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat sesuai.
7 - Sentiasa
Berfikiran positif.
8 - Belajar
menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada
memekik atau bertindak garang.
9 - Bawa bertenang
seperti menarik nafas.
10 - Senyum kerana
senyuman mampu meredakan tekanan
②. Cinta dunia.
③. Enggan menghadiri majlis ilmu.
④. Panjang angan-angan
⑤. Rakus.
⑥. Bakhil.
⑦. Suka pujian.
⑧. Riak.
⑨. Ujub
(mengagumi diri sendiri).
⑩. Takut dan
gelisah.
⑪. Buruk
sangka.
⑫. Memandang
rendah orang lain.
⑬. Suka pada
dosa.
⑭. Merasa aman
dari pembalasan ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA..
⑮. Putus asa
dari rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA..
Ya Allah...
Jauhkanlah kami dari sifat-sifat diatas...
Aamiin ya Rabb...
07 July 2013
04 May 2013
02 February 2013
:: Iqra : BACA lah ::
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk). (QS Al-Alaq, 96:1)
Kita seringkali disarankan untuk membaca dan dikaitkan dengan wahyu yang
pertama di terima oleh Rasulullah SAW. Namun kali ini saya ingin membawa
saudara semua melihat sebuah pengajaran yang amat dalam yang selama ini kita
abaikan.
Ketika wahyu pertama diturunkan, Rasulullah SAW diminta membaca oleh
Malaikat jibril. Jawapan Nabi ketika itu adalah “aku tidak tahu”. Lalu diulang
lagi oleh Malaikat Jibril namun jawapan Rasulullah SAW tetap sama.
Namun setelah Allah SWT mewahyukan ayat yang lengkap iaitu “bacalah dengan
nama Tuhanmu” sehingga ayat-ayat seterusnya, barulah wahyu seterusnya mudah
untuk Rasulullah membaca wahyu Allah SWT.
Baca di sini bukanlah bermakna membaca tulisan semata-mata. Tetapi membaca
di sini amat luas maknanya. Membaca itu termasuklah membaca alam, membaca
gerakan, membaca yang tersurat dan tersirat, membaca isi hati, membaca wahyu,
membaca segala2nya.
Yang ingin saya fokuskan di sini adalah kita sentiasa diminta membaca di
atas dasar wahyu pertama adalah bacalah. Kita berhenti hanya di sini.
Sedangkan jelas Rasulullah sendiri tidak mampu membaca apabila di minta
oleh Allah SWT untuk membaca. Tetapi setelah Allah SWT mewahyukan “bacalah
dengan nama Tuhanmu” barulah Rasulullah mampu membaca wahyu-wahyu seterusnya.
Mari kita lihat diri kita hari ini. Kita tidak belajar, menafsir,
mengaplikasi, sintesis, memahami, mengetahui dan lain-lain dengan nama Tuhanmu.
Kita meminta anak-anak kita sekadar membaca tetapi jarang kita meminta bacalah
dengan nama Tuhanmu.
Pelajar-pelajar juga jarang disarankan agar membaca dengan nama Tuhanmu.
Tetapi sering disarankan belajarlah bersungguh-sungguh. Sedangkan Rasulullah di
minta oleh Allah SWT seawalnya bacalah dengan nama Tuhanmu.
Ketika kita membaca dengan nama Tuhanmu, kita tidak menggunakan fikiran
untuk memahami tetapi menggunakan ilham yang diturunkan oleh Allah SWT terus ke
jiwa kita dan barulah disimpan ke dalam otak kita dan dijanakan fikiran untuk
diaplikasikan.
Inilah yang dikenali sebagai Konsep Ilahiyah. Saudara, mulai hari ini,
bacalah dengan nama Tuhammu. Bukan sekadar baca.
Ya Allah, ajarilah aku untuk membaca, untuk menuntut ilmu, untuk faham ya
Allah.”
Sumber Text: Jiwa Positif Hidup Bertuhan
28 December 2012
:: Ujian itu Tarbiyah, Sabar itu Indah ::
Allah Taala
mendidik hambaNya dengan menurunkan pelbagai ujian. Ujian sebagai “tester”
sejauhmanakah penilaian dan pemahaman hamba dalam soal pergantungan dan pengharapan.
Alhamdulillah, ku bersyukur pada Allah biar ujian itu pahit tetapi yang lebih
memahat di dalam jiwa, apabila Allah Taala serta dengan tiba-tiba
menggantikannya dengan perkara yang lebih baik. Terkadang kita hamba disaat
lemah, banyak percubaan yang mengundang, tertewas juga kadangnya.
Ceria dan
mendungnya kehidupan adalah warna-warni hidup. Tak enak ubi yang direbus tanpa
garam yang masin, tak enaklah pelam muda yang masam tanpa kicap dan gula.
Selepas diberi ujian, barulah terasa enaknya ujian. Mesrakanlah dengan ucapan
alhamdulillah, walaupun duit dikocek sudah kehabisan, sedangkan begitu ramai
yang dipenuhkan koceknya meninggalkan Tuhan.
“Adakah patut kamu
menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu
(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan
serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
(Al-Baqarah :214)
Allah tidak
pernahkan jauh, meninggalkan hambaNya seorang meraba-raba penyelesaian akan
ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi
hamba-hambaNya. Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya
juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri
menjadi yang terbaik.
Kita seharusnya
mencedok kisah silam, sejarah yang terbukti. Ketabahan umat Islam zaman lampau
terutama tika zaman Rasulullah S.A.W. Bagaimana keperitan, penderitaan yang di
alami hinggakan kesan ujian tersebut mengobrak emosi, menjengah sampai
menggoyahkan iman. Bukan itu saja, nyawa menjadi taruhan supaya boleh merobek
teguh iman dalam sanubari. Hebatnya para sahabat Nabi S.A.W, bukan kecil-kecil
iman mereka.
“Dan Kami pasti
akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa
dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar.”
(Al-Baqarah :155)
Kita selalu
merungut, menyalahkan yang lain padahal pada masa yang sama kita sudah
ditewaskan oleh emosi yang memercik, SYAITAN yang membisik, hati membentak dan
ragut dijentik. Aduh, sayangnya emosi itu menjadi alasan ketidaksiumannya kita.
Bagaimana mahu mengubatinya? Mencari penjuru lalu menangis sudahkah selesai?
Tidak! Seharusnya
kita sendiri harus memandu sendiri. Mulakan dari gear mula, mencari titik
permulaan tersebut yang terkandung di dalam jiwa. Muhasabah diri,
menimbang-tara peribadi, kau akan menemui rapuhnya hatimu dalam mencintaiNya,
kesetiaanmu tidak setulus cintaNya, saat itu tangisanmu sangat berguna.
Selepas tangis,
pasti kamu akan mulai bangkit. Allah akan mengisi lompang-lompang pertanyaanmu,
satu jawapan sudah cukup untuk kamu. Tiada diskriminasi, kamu miskin kamu kaya,
kamu pangkat kamu biasa. Asalkan kamu dekat, dan Allah Taala lebih dekat.
Taman menjadi subur
kembali dengan adanya hujan Allah menurunkan, layulah jika hanya ada cahaya
mentari saja. Begitu juga hati, dengan adanya tangis Allah menyuburkan jiwa
semula, terbitnya pula pelangi yang indah.
“Serta memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa
berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu. “(Surah At-Thalaaq :3)
Bak sajak Hilal
Asyraf :
Kadang susah biar kita bijak bersyukur,
kerana manusia itu sering melupai,
kadang sakit biar kita beringat,
kerana manusia itu sering meninggi diri,
kadang dosa itu biar kita sedar,
kerana manusia itu sering bongkak dalam
kalbunya nanti.
Cabaran itu juga daripada Tuhan,
tidakkah kita memerhatikannya dengan mata
hati?
{Cabaran dan halangan itu dari ALLAH,
menghias untuk kamu menjadi tinggi, mulia disisi Dia}
16 December 2012
:: Pesanan Sahabat ::
Sesiapa yang banyak bercakap nescaya
banyak berbohong
Sesiapa yang banyak berbohong nescaya
kurang malunya
Sesiapa yang kurang malunya nescaya
kurang wara’nya
Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya
hatinya mati
Apabila hati
telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah
atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata
dan membuat sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan
terhadap ALLAH..
Imam
al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas,
selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan
mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia
ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk
menjerumuskan manusia.”
p/s: "
dan jgnlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah ALLAH SWT menyediakan segala
yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepada-Nya dgn perasaan bimbang
(kalau-kalau tak diterima) dan juga dengan perasaan berharap (supaya makbul)..
Sesungguhnya rahmat ALLAH SWT dekat dgn orang yang memperbaiki amalannya"
(Surah Al-A'raf :56)
kita bukan
baik, tapi berubah itu lagi baik.. (secebis pesanan dr sahabat, jazakallah hu
khairan) peace!!! ^_^ insyALLAH..
10 December 2012
.. Nabi Sedih Umat Cuai Solat ..
Rasulullah
SAW bersabda bermaksud:
“Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada
setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri
(solat) kepada Allah Azzawajalla.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan
Ahmad)
Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh
urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar
musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang
yang beriman.”(An-Nisa : 103)
Abu
Hurairah RA meriwayatkan: “Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi
ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah
Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami
dengar beliau menangis dan meratap: “Ah…andaikan saja aku dapat hidup terus
untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah…aku sungguh menyesali
umatku.”
RASULULLAH
MENANGIS
“Wahai Abu Hurairah, mari kita
ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?” tanya Aisyah.
“Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau
mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan
menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah
pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu
dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”
“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku
menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”
“Wahai
Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid,
Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar
mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus
kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka
pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya,
mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai Jibril,
apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
Abu
Darda’ berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari,
bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.”
Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah
solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.
PERINTAH AHLI KELUARGA BERSOLAT
Rasulullah
SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk
solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu
duga.”
“Barang
siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir.” (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda’).
Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia
mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani)
Subscribe to:
Posts (Atom)